Jumat, 17 April 2020

Hentian Tol



Pagi itu, kerana tidak mahu minum sorang sorang di kantin, aku
telah mengajak member seopis minum di kantin.  Mi goreng dan teh O
sebagai alas perut hingga ke tengahari dan dia cukup sekadar teh tarik
secawan.
 Dipendekkan cerita, tengah sedap minum, dia beritahu bahawa

malam tadi (awal pagi sebenarnya) dia telah kena "kacau".  "Kacau
apa?", tanya aku.  "Ini kali ke-dua aku kena", sambungnya.  Maka
diceritakannya, awal pagi tadi dia kena ikut kawan dia ke Shah Alam
ambik kereta.  Dia naik motor.  Bawak slow aje kat lorong motor federal
highwat tu sebab tak guna bawak laju laju coz tak de lawan nak buat
lumba haram.  Manalah tahu ade geng Edisi siasat ambik gambar. Takpun
nanti ada Mazidol gemuk ulur mikrofon interview(maki) nanti.
 Maka member aku ni pun ceritalah, time balik tu masa lalu kat

hentian tol Batu 3, ada sesuatu kat pondok di hentian tu.  Ala...
pondok tempat lepak lepak rehat yang dekat ngan tandas tu la.  Pondok
tu memang dekat benar ngan lorong motor tuh.  Fuh!! Dengan penuh
suspennya kawan aku tu pun ceritalah yang dia nampak hantu bungkus
(sesetengah orang panggil pocong) tengah berbaring kat pondok tu.
"Cantekkkk je dia baring", kata kawan aku bersunggu sungguh.  Aku pun
tersuspen sesangat sangat. "Aik!! Bukan ke antu bungkus meloncat
loncat, bukannya baring!", aku cuba menimbulkan keraguan yang munasabah
di saat suspen itu.  "Itu aku tak tau lah, mungkin dia penat meloncat,
pasal tu la dia lepak baring kot" katanya. Cheh!! lawak ke tu?
Diceritakan lagi masa tu ade sebuah RXZ kat depan dia. RXZ tu pun macam
terpana je tapi nasib baik penungganya masih dapat kontrol hemsem.  So,
member aku ni pun ceritalah yang dia perati betul betul sambil
menunggang motor dia tu slow slow lembaga aneh seba putih tersebut. 
"Sebijik macam mayat dikapankanlah", katanya."Atas bawah berikat",
sambungnya lagi.  Huh!! Time ni aku terngeri sedikit.  Oleh kerana mi
goreng dan teh O aku dah abis dan dia pun dah hilang hausnya, maka
kitaorang pun naik opis balik sambung kerja masing masing dan aku terus
lupa kat kisah misteri tu.
 Setelah genap 8 jam bekerja berlalu (kerjanya 2 jam aje) aku

pun balik la ke rumah aku kat PJ.  Malam tu...... deng deng deng....
lebih kurang jam 10:30 malam, aku tengah makan nasik ngan ayam paprik,
housemate aku 2 orang balik.  Diaorang baru balik dari melihat
perkembangan renovation rumahnya kat Seksyen 20 Shah Alam.  Tetiba aje
dia duduk depan aku dan dengan muka penuh misteri dia berkata, "
Ko tahu, tadi, masa kitaorang singgah kat plaza tol shah alam untuk

singgah kencing, kitaorang nampak ada mayat kat pondok di plaza tol
Shah Alam.  Fuyooo... sekali lagi aku terngeri.  Aku kontrol sket
seraya berlawak, "Buat ape mayat tu lepak kat pondok tol?  Pungut duit
tol ke?  Tanpa menghiraukan lawakku itu, sambil mencubit ayam paprik
aku, dia sambung, "Bukan kat pondok tol kutip duit korak kau.  Mende tu
tengah baring kat pondok rehat. Ala pondok rehat yang dekat public
toilet situ".  Serta merta aku teringat cerita member seopis aku siang
tadi.  Wah! Ini cerita sudah sama, tapi member opis aku nampak awal
pagi.  Housemate aku jumpa kalau tak silap aku around jam 10 lah. 
 Maka aku pun bagitau lah yang member seopis aku cerita dia

nampak mende  yang sama tapi lewat sket daripada dia.  So sesambil aku
makan tu, aku interview la dia.  Menurut cerita housemate aku tu, mende
tu berbaring sebijik macam mayat dengan kain kapan putihnya tapi bawah
kaki dan atas kepala takde pulak terikat. "Kat bawah bahagian kepala
ade sebijik bantal kecik:, katanya.  Wah! Ada percanggahan fakta
disitu.  "Ade ke orang lain kat situ yang nampak?" tanya aku.  "Ade.
ade jugak beberapa orang kat situ.  Ade sorang pakcik tu pergi hampir
kat bende tu. Dia tengok tengok, lepas tu blah macam tak de ape ape
je", jawabnya.  "Abis, korang tak pegi check?  Manalah tau orang tengah
rehat tido ke?" pintas aku.  "Nak jugak aku gi check, tapi seram la
jugak.  So, lepas kencing, terus cepat cepat kitaorang cabut", balasnya.   Kemudian aku pun abis makan dan diapun abis bercerita.  Lepas tu kami pun buat beberapa rumusan, Antaranya:-
1.  Bende tu mungkin orang tengah tido berehat berselimut abis sebab sejuk.
2.  Bende tu sengaja diletakkan oleh orang untuk buat lawak seram
3.  Bende tu sengaja diletakkan oleh orang untuk mengelakkan couple berdating/berbaring sambil bermaksiat kat pondok rehat tu.
4.  Itu adelah mayat
5.  Itu adalah hantu

Samapai sekarang aku dia dan mereka masih tak tahu apakah bendenya itu.


Sumber