Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Berbual Di Talipon Dalam Gelap



Assalamualaikum

Ini kisah yang betul2 terjadi kepada saya. Kisah ini terjadi pada tahun 2000. Ketika itu saya belum berkahwin dan baru berkenalan dengan seorang gadis. Jadi perkara biasalah saya akan berbual dengannya di talipon di tingkap dapur sampai larut malam.

Sudah menjadi kebiasaan apabila berbual, saya akan ke tingkap dapur kerana sambil berbual, saya akan menghisap rokok. Saya akan matikan semua lampu kerana tak mahu dituduh menghendap dapur atau bilik orang. Dapur dan bilik utama blok saya bertentangan dengan dapur dan bilik utama blok sebelah.

Sedang rancak berbual kalau tak silap saya dalam jam 2 pagi, tiba2 saya terdengar seperti ada suara perempuan meminta tolong. Suara itu betul2 di tepi telinga saya. Sebelah rumah saya adalah lobi lif. Saya pun keluar rumah untuk pastikan yang tiada orang di lobi lif. Saya masuk balik dan periksa bilik orang tua saya untuk memastikan yang tiada sesiapa mengigau. Selepas itu saya pun duduk di kerusi dapur dan sambung berbual.

Saya dengar lagi suara yang sama di sebelah telinga saya. Yang peliknya saya tak berasa takut dan terus berbual. Suara itu kedengaran lagi di pintu depan rumah saya. Saya letak talipon dan terus masuk tidur.

Esoknya saya ceritakan pada arwah mak saya. Mak saya marah saya dan dia cakap kalau nak berbual malam2, sekurang2nya hidupkan lampu bilik mandi. Tentang suara itu mak saya cakap itu roh perempaun disiksa. Pada masa hidupnya dia ada banyak buat salah terhadap lelaki dan apabila dah mati itulah balasannya. Disiksa dengan dirantai serta dipukul dengan cabuk. Laluan perjalanan adalah dari tingkap dapur hingga pintu depan rumah. Mak saya suruh saya sedekahkan Al-Fatehah kepada perempuan itu.

Selepas kejadian itu, saya akan pastikan yang saya akan nyalakan lampu bilik mandi bila saya ingin 'bergayut' di talipon di tingkap dapur pada malam hari. Itu saja KC dan ada banyak lagi kisah2 yag pernah saya alami. Akan saya ceritakan di lain masa Insya'Allah.

BudakNakal











Sumber